Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pupuk kesedaran HIV dalam belia

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang HIV dalam kalangan belia, Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDS) telah mengadakan Program Kesedaran HIV bagi Belia dan Rakan Sebaya (HAPPY), yang diadakan di Sekolah Menengah Sayyidina Husain (SMSHu), pagi kelmarin.

    Program yang dihadiri kira-kira 130 pelajar sekolah berkenaan bertujuan menyebarkan maklumat mengenai HIV, kehamilan remaja, serta jangkitan penyakit seksual (STI) dalam kalangan remaja.

    Acara termasuk ceramah yang disampaikan oleh Penyelaras Projek HAPPY, Dayang Siti Kailene Jazlan Kashfi. Beliau mengetengahkan statistik terkini STI dan kehamilan remaja di Brunei, serta usia dan jantina yang mendominasi statistik tersebut. Beliau juga menekankan pentingnya sikap berpantang sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan STI dan kehamilan luar nikah dalam kalangan belia.

    Program berkenaan juga direka bentuk secara interaktif dengan menggunakan kombinasi audio-visual serta aktiviti-aktiviti menarik untuk menyampaikan mesej kepada para pelajar yang diharap dapat memastikan mesej yang disampaikan lebih mudah difahami dan relevan dengan situasi tempatan.

    Melalui pelaksanaan program berkenaan, Majlis BDAIDS berharap golongan pelajar menerima segala mesej yang disampaikan itu sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran mereka dan mengaplikasikannya dalam gaya hidup sehari-hari.
    Turut hadir ialah golongan sukarelawan HAPPY.

    Gambar ramai peserta yang hadir pada program yang diadakan di SMSHu baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN MAJLIS BDAIDS

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Ceramah tekankan sunnah Nabi untuk mengurus tekanan

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Penekanan...

    Puluhan sekolah ditutup akibat pasir permainan budak tercemar 

    SYDNEY, 18 NOV - Pasir permainan kanak-kanak yang diimport...

    Virus Marburg ragut tiga nyawa

    ADDIS ABABA, 17 NOV - Tiga individu dilaporkan meninggal...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...