Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk kesedaran pelajar tentang kesihatan mental

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB) telah mengadakan Pameran Kesihatan Mental Minda Matters yang berlangsung di Ruang Legar, SM YSHHB, hari ini.

    Hadir pada acara berkenaan ialah Pengetua SM YSHHB, Dayang Sarimah binti Haji Ludin.
    Acara itu bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman mengenai kesihatan mental dengan mendidik para pelajar mengenai pentingnya kesihatan mental, cabaran-cabaran yang lazim serta sistem sokongan yang disediakan.

    Mereka juga berpeluang untuk mempelajari aktiviti kesedaran yang menggalakkan kesedaran diri menerusi aktiviti amali, mempromosi penjagaan diri menerusi amalan-amalan yang menyokong kesejahteraan emosi dan psikologikal, mengurangkan stigma yang menyelubungi isu kesihatan mental dengan menjana ruang terbuka serta menggalakkan perkongsian sumber untuk memperkasa pelajar bagi menyokong kesihatan mental mereka serta kesejahteraan rakan sebaya.

    Minda Matters diadakan bersempena dengan Minggu Kesihatan Mental, Rohani dan Fizikal bermatlamat untuk memupuk sebuah budaya sekolah sihat di mana kesejahteraan emosi dihargai dan dibincangkan secara terbuka.

    Program itu berlangsung hingga 4 September yang bermula dengan Pameran Kesihatan Mental Minda Matters di mana para pelajar dialu-alukan untuk berkunjung ke petak pameran daripada pelbagai pihak jemputan.

    Manakala itu, para hari berikutnya, Jabatan Sains dan Matematik menganjurkan aktiviti Amazing Race yang melibatkan lapan kumpulan pelajar daripada peringkat menengah rendah dan atas dengan halangan yang dilalui merangkumi aktiviti serta soalan daripada mata pelajaran Sains dan Matematik.

    Pada hari terakhir, dua sesi ceramah akan didakan bagi para pelajar iaitu Terapi Spiritual Ugama dan Ceramah Kesihatan Mental yang akan disampaikan oleh Dayang Zahratul ‘Azimah binti Haslin dari Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

    Para pelajar yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pada pameran berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SM YSHHB
    GAMBAR SERAHAN SM YSHHB
    GAMBAR SERAHAN SM YSHHB
    GAMBAR SERAHAN SM YSHHB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda