Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk kesedaran, pengetahuan warga PKWE tentang vaksin

    Oleh Daniel Lim

     

    BELAIT, 17 OGOS – Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kerjasama Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan dan Kementerian Kesihatan telah menganjurkan ceramah berkaitan vaksin bagi warga Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Belait, kelmarin.

    Acara yang diadakan di Perpustakan DBP Kampung Pandan, Kuala Belait, itu bertujuan untuk memupuk kesedaran dan pengetahuan tentang vaksin dalam kalangan masyarakat umum.

    Acara tersebut juga antara lain membincangkan tentang peranan vaksin, serta membongkar beberapa mitos dan khabar angin berkaitan vaksin, dengan menyampaikan fakta yang jelas dan mudah difahami.

    Di samping itu, ia turut diserikan dengan sesi soal jawab termasuk soal selidik dalam kalangan warga PKWE untuk meneliti kefahaman mereka berkaitan vaksin sekali gus diharap akan dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan penghayatan mereka.

    Atas & bawah: Antara warga PKWE yang mengambil bahagian dalam soal selidik pada acara tersebut.

    Antara warga PKWE yang hadir pada acara itu.
    Atas & bawah: Warga PKWE semasa mendengarkan ceramah yang disampaikan oleh salah seorang penceramah pada acara berkenaan.

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda