Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pupuk kesefahaman, perpaduan pada hari lebaran

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Walaupun sudah berada di penghujung Syawal, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok tidak melepaskan peluang menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kampung Subok, baru-baru ini.

    Majlis yang diadakan di kediaman Ketua Kampung Subok, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat itu turut dihadiri oleh golongan warga emas, mantan-mantan ahli MPK Subok dan penduduk kampung berkenaan.

    Pada majlis itu, Yang Berhormat Awang Lawi dalam ucapan sempena sambutan hari raya itu, antara lain menggariskan harapan agar majlis berkenaan membawa satu jalinan ikatan silaturahim kesefahaman dan perpaduan antara semua penduduk kampung tidak kira tua atau muda.

    Yang Berhormat Awang Lawi bergambar bersama beberapa penduduk kampung. – GAMBAR SERAHAN MPK SUBOK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...