Sunday, December 22, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk minat, kemahiran pelajar bertutur bahasa Arab

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan, hari ini, telah menganjurkan Program Hayya Ilal Arabiyyah (Mari berbahasa Arab) dengan mengadakan Musabaqah Al-Hiwar (Pertandingan Dialog) bertempat di dewan sekolah berkenaan.

    Hadir selaku tetamu khas majlis, Ketua Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Azman bin Haji Jaya.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah, Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan daripada Guru Besar Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan, Pengiran Hasinol Zamri bin Pengiran Haji Piut.

    Majlis kemudiannya diteruskan dengan pertandingan dialog yang disertai oleh para pelajar yang dibahagikan kepada sembilan kumpulan, dan seterusnya diikuti dengan tayangan video serta penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh tetamu khas majlis.

    Program berkenaan diadakan bertujuan untuk melatih dan mengalakkan para pelajar berinteraksi dalam bahasa Arab.

    Selain itu, ia juga merupakan salah satu inisiatif JPI yang dikendalikan oleh sekolah-sekolah Arab bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Arab, di samping memupuk semangat daya saing yang sihat dalam kalangan pelajar sekolah-sekolah Arab.

    Awang Azman bergambar ramai dengan para peserta pertandingan pada program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JPI
    GAMBAR SERAHAN JPI
    GAMBAR SERAHAN JPI
    GAMBAR SERAHAN JPI
    GAMBAR SERAHAN JPI
    GAMBAR SERAHAN JPI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda