Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk nilai kebersihan kalangan belia

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 9 OGOS – Sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung ketika ini, pelajar dan kanak-kanak memanfaatkan masa lapang mereka dengan menyertai pelbagai aktiviti perpustakaan yang bermula pada 7 Ogos lalu di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan.

    Selain aktiviti membaca, pihak Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria turut terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai kebersihan kepada kanak-kanak yang hadir.

    Pembentangangan itu diketuai oleh Penolong Setiausaha di Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Badruzzaki bin Mohd Taib, menjelaskan kepentingan kebersihan serta pelbagai inisiatif dan usaha untuk mencegah pembuangan sampah merata-rata, seperti Akta Kesalahan Rampaian (Pindaan) 2021.

    Ceramah tersebut bertujuan untuk memupuk budaya kebersihan, khususnya di kalangan kanak-kanak, dan mengajar bagaimana menjaga kebersihan alam sekitar boleh membawa manfaat kepada masyarakat dan negara.

    Kanak-kanak yang menyertai juga mengambil bahagian dalam beberapa permainan dan aktiviti sepanjang hari, bukan sahaja sebagai sebahagian daripada ceramah kebersihan tetapi juga aktiviti perpustakaan yang diadakan untuk memeriahkan lagi cuti sekolah mereka.

    Awang Badruzzaki semasa menyampaikan ceramah di Perpustakaan DBP Kampung Pandan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara yang hadir mengikuti aktiviti cuti sekolah itu. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda