Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Bagi memupuk nilai-nilai patriotik cintakan negara dan rasa tanggungjawab para pelajar dan guru dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, Sekolah Chung Hwa Kiudang telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam yang ke-37, baru-baru ini.
Acara yang dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan pengibaran bendera Brunei Darussalam itu telah menyaksikan acara kemuncak perbarisan KG1 hingga murid Tahun 6, diikuti dengan Pengetua, Loo Shee Yun menyampaikan pingat untuk March-Past Terbaik kepada tiga guru kelas iaitu kepada guru Tadika 3, Tahun 2 dan Tahun 6.
Sambutan yang juga bertujuan untuk menanam semangat perpaduan dan memperkukuhkan hubungan itu turut diakhiri dengan sesi bergambar ramai para pelajar dan guru membentuk nombor 37 sebagai tanda Hari Kebangsaan ke-37.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2021/03/PAGE-4-PUPUK_01032021.jpg)