Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk nilai positif melalui Sukan Ria

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Seramai 370 murid murid Sekolah Rendah Rimba II telah terlibat dalam Acara Sukan Ria yang telah diadakan baru-baru ini.

    Murid-murid pendidikan khas juga tidak ketinggalan dalam menyertai pelbagai sukan yang telah dianjurkan antara rumah-rumah sukan pada hari tersebut.

    Antara lain objektif acara tersebut adalah untuk meningkatkan semangat motivasi dan keterlibatan murid-murid serta memupuk nilai-nilai positif seperti berkerjasama, hormat-menghormati sepanjang acara berlangsung.

    Rumah-rumah sukan yang bertemakan nama jenis batu permata iaitu Sapphire (Biru), Amber (Kuning), Emerald (Hijau) dan Ruby (Merah) telah menyaksikan persaingan dan penglibatan yang cukup meriah daripada setiap pasukan.

    Acara yang dimulakan dengan pertandingan perbarisan lalu dengan laungan slogan telah dihakimi dengan penglibatan ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

    Ia kemudian diikuti dengan acara-acara pertandingan sukan yang diadakan setiap tahun dengan menghantar wakil rumah masing-masing.

    Acara berakhir dengan penyampaian hadiah oleh Guru besar Sekolah Rendah Rimba II, Awang Naruliswady bin Haji Samaih, kepada Rumah Sukan Emerald yang telah berjaya merangkul Piala Pusingan bagi tahun 2024.

    ATAS & BAWAH : Antara peserta yang terlibat dalam acara yang dipertandingkan itu. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH RENDAH RIMBA II
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH RENDAH RIMBA II
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH RENDAH RIMBA II
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH RENDAH RIMBA II

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda