Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk pertumbuhan ekonomi, pembangunan kreatif industri digital

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Empat buah syarikat tempatan daripada industri permainan dan kreatif digital mengambil bahagian dalam Pameran Sidang Kemuncak Kandungan Digiral ASEAN (ADCS) 2025 yang berlangsung di Persada Johor International Convention Centre, Johor Baru, Malaysia bermula 2 hingga 4 September.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), di sini, menyatakan bahawa WilKGames dan Pixelated Enterprise mengetengahkan kandungan permainan digital mereka, menarik minat penggemar permainan dan rakan usaha sama berpotensi yang berminat untuk meneroka trend permainan terkini di rantau ini.

    Sementara itu, New Wave Films dan Oddbox Media and Communications Sdn Bhd pula menarik perhatian dengan kandungan animasi buatan Brunei, yang menarik minat daripada penggemar dan pembuat filem.

    Penyertaan itu memberikan menyediakan syarikat-syarikat berkenaan platform penting untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka, bertukar-tukar kepakaran dan ilmu pengetahuan, meneroka prospek pemadanan perniagaan serta memperoleh pendedahan untuk mengakses pasaran yang lebih luas serta peluang kolaborasi dengan industri lain di serata ASEAN.

    ADCS 2025 dianjurkan bersama oleh Kementerian Digital Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Sidang kemuncak itu bermatlamat untuk memupuk pertumbuhan ekonomi, pembangunan kreatif dan peningkatan kemahiran.

    Empat buah syarikat tempatan mewakili negara di ACDC 2025. – GAMBAR SERAHAN AITI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda