Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Pupuk rasa cintakan khazanah puisi

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Demi memupuk rasa cinta terhadap khazanah puisi serta mempertahankan keindahan budaya dan bahasa Melayu di persada dunia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam telah menganjurkan Malam Deklamasi Puisi yang berlangsung di dewan kedutaan berkenaan, hari ini.

    Lebih 20 orang jemputan termasuk beberapa ahli diplomatik mempamerkan bakat mendeklamasi puisi dalam bahasa Melayu pada majlis tersebut.

    Majlis berkenaan merupakan acara diplomatik terakhir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah sebelum beliau mengucapkan selamat tinggal kepada Brunei apabila menamatkan penggalnya di sini dan pulang ke Malaysia untuk persaraan.

    Hadir menyaksikan majlis berkenaan selaku tetamu kehormat ialah Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah serta suami, Pengiran Haji Mohammad Hakimuddin.

    Personaliti yang mengambil bahagian termasuk ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) serta mantan ahli MMN, duta-duta besar, pemimpin korporat, naib canselor universiti tempatan, aktivis kebudayaan, pempengaruh, penyiar berita RTB, aktivis sosial dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia sendiri serta beberapa yang lain.

    Tarian kebudayaan melabuhkan tirai malam yang penuh puisi itu diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.

    Sambil menikmati makan malam, tarian kebudayaan dan muzik guling tangan dipersembahkan antara dua segmen deklamasi puisi dan seterusnya penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada pendeklamasi puisi.

    YAM Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri, YAM Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah dan suami, Pengiran Haji Mohammad Hakimuddin hadir menyaksikan acara berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    TYT Dato’ Raja Reza mendeklamasikan puisi pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...