Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 30 Okt – Perlawanan Bola Sepak Jalanan yang telah berlangsung di kawasan Gerai Tudung Saji di sini, sepanjang bulan Oktober kini tiba ke penghujungnya. Sepanjang perlawanan tersebut diadakan, sebanyak 30 buah pasukan telah berentap dalam perlawanan yang dibahagikan kepada empat kategori itu, iaitu kategori Veteran, U13,U15 dan terbuka.