Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk tanggungjawab jaga kebersihan kampung

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Dengan hasrat untuk memupuk tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran kampung dalam kalangan warga kampung, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong A telah mengadakan Kempen Kebersihan Gotong-royong Kampung Sengkurong A pada 12 Julai lalu.

    Kempen anjuran Unit Belia dan Sukan, MPK Sengkurong A itu disertai oleh para belia, penduduk kampung serta sukarelawan termasuk Ketua Kampung Sengkurong A, Dr Haji Abdullah Hanif bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman.

    Kempen kebersihan berkenaan dihasratkan untuk terus diadakan pada masa akan datang serta akan menjadi salah satu kegiatan MPK Sengkurong A.

    Belia, penduduk kampung dan sukarelawan bergotong-royong membersihkan kawasan kampung pada 12 Julai lalu. – Gambar serahan MPK Sengkurong A
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda