Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupur untuk wajah lebih cerah, berseri

    Jika awda sudah biasa dengan rutin penjagaan kulit tertentu, menambah satu lagi langkah mungkin terasa seperti tugas membosankan, terutamanya jika sudah melakukan rutin yang minimum (pembersih, pelembap dan pelindung matahari) sudah terasa seperti mengambil masa terlalu lama.

    Terdapat satu langkah penjagaan kulit tambahan yang penting tetapi sering diabaikan, iaitu menggunakan pupur muka. Jangan risau – ia tidak mengambil masa lama dan awda tidak perlu melakukannya setiap hari.

    Kulit awda boleh mendapat manfaat yang besar daripada penggunaan pupur muka, bergantung pada ramuan yang terkandung dalam pupur muka tersebut.

    Pupur muka boleh memberikan kepekatan bahan yang lebih tinggi untuk menghidrat,
    menggebukan atau mengimbangi warna kulit.

    Sebagai contoh, pupur dengan asid hyaluronik mempunyai manfaat yang menarik dan mengikat kelembapan, manakala pupur tanah liat boleh membantu menegangkan dan mencerahkan kulit.

    Pupur tanah liat berupaya mengurangkan liang roma, menyerap minyak berlebihan, mengimbangi warna kulit. – ANN/The Star
    Rutin penjagaan kulit adalah penting tetapi sering diabaikan adalah penggunaan pupur muka. – ANN/The Star

    Pertama sekali, kenal pasti keperluan kulit awda, sama ada untuk mempertingkat kulit kering, berminyak, penuaan atau berjerawat.

    Sebagai contoh, pupur tanah liat atau lumpur boleh membantu mengurangkan dan menyerap mi-nyak berlebihan, bagus untuk jenis kulit berjerawat atau berminyak, dan biasanya disyorkan untuk digunakan seminggu sekali.

    Ia juga bertujuan untuk membersihkan kulit awda secara mendalam dan boleh membantu mencegah jenis jerawat yang ringan.

    Pupur arang terkenal untuk menghilangkan kekotoran dan kotoran, mengawal minyak sekali gus mengurangkan jerawat.

    Gunakan pupur arang setiap dua minggu atau kurang, kerana jenis produk ini menanggalkan lapisan paling atas kulit dan rambut dari muka awda.

    Elakkan menggunakan pupur arang jika awda mempunyai ekzema atau kulit sensitif kerana ini boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.

    Teh hijau mempunyai pelbagai khasiat terapeutik yang boleh memberi manfaat kepada kulit awda dalam pelbagai cara, termasuk mengurangkan kemerahan dan kerengsaan kulit.

    Selaras dengan itu, pupur teh hijau juga semakin popular disebabkan manfaatnya yang banyak itu.

    Salah satu dakwaan terbesar ialah pupur jenis ini melindungi daripada kanser kulit kerana ia mengandungi sebatian yang mempunyai sifat antioksidan.

    Menurut healthline.com, antioksidan ialah molekul yang mempunyai keupayaan untuk melawan radikal bebas (sebatian yang boleh membahayakan tubuh, kesihatan dan kulit awda) jika tahapnya menjadi terlalu tinggi, menyebabkan kerosakan sel, dan telah dikaitkan dengan banyak penyakit, termasuk kanser.

    Antioksidan boleh membantu membaiki kerosakan DNA yang disebabkan oleh sinaran ultraungu (UV) dari matahari, yang seterusnya, boleh membantu melindungi awda daripada kanser kulit bukan melanoma.

    Pupur teh hijau juga membantu melawan penuaan pramatang, sebagai satu ramuan, vitamin B2 mempunyai keupayaan untuk mengekalkan tahap kolagen.

    Pupur jenis ini juga mengurangkan kemerahan dan kerengsaan, merawat jerawat dan melembapkan kulit. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda