Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Purata kes COVID menurun

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Dalam masa satu minggu kebelakangan ini, kadar purata kes COVID yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 162 kes sehari, berbanding minggu sebelumnya, 186 kes sehari.

    Sebanyak 31,633 keputusan ujian pantas antigen (ART) telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di mana 3.5 peratus daripadanya adalah keputusan ujian ART yang positif, kongsi Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

    Menurut kementerian itu lagi, pada hari ini, satu kes dalam kategori 5 yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) dan satu kes dalam kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Sementara itu, kadar liputan vaksinasi COVID di Negara Brunei Darussalam sehingga kelmarin (9 April) kekal berada di tahap yang tinggi dengan 79.2 peratus daripada keseluruhan rak-yat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 12.1 peratus juga telah mendapatkan dos keempat.

    Kementerian Kesihatan turut mengongsikan bahawa sebanyak 209 kes telah dilaporkan pada hari ini iaitu 204 hasil ujian ART dan lima kes dikesan dari ujian-ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda