Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat Al-Islah anjur program kolaborasi

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 11 Feb – Bagi mewujudkan hubungan dengan komuniti, Pusat Al-Islah telah mengadakan program kolaborasi dengan komuniti Jalan Kerakas Payau dan penduduk Kampung Kupang yang diadakan di Dewan Assalam, Pusat Al-Islah, Kampung Kupang, pagi tadi.

    Menurut Penolong Pengarah Pusat Al-Islah, Awang Zainol Adi bin Haji Ajamain yang juga selaku komandan Pusat Al-Islah, matlamat utama program adalah untuk mewujudkan hubungan kerjasama dengan komuniti persekitaran dan seterusnya memberigakan tentang latar belakang Pusat Al-Islah di samping dapat menyebarkan pengetahuan am dalam pendidikan pencegahan dadah kepada penduduk persekitaran.

    Program diisi dengan taklimat mengenai pendidikan pencegahan dadah dan maklumat yang berkaitan terutama dari segi langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil jika berlakunya sebarang insiden di Pusat Al-Islah.

    Turut hadir ialah Ketua Kampung Kupang, Haji Awang Puasa bin Haji Kula bersama ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Kupang, ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kupang dan ahli-ahli Muslimah Masjid Kampung Kupang.

    Dengan adanya program kolaborasi ini, Pusat Al-Islah dan Biro Kawalan Narkotik mengorak langkah untuk mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dengan komuniti yang berhampiran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda