MOSCOW, 12 DIS – Satu kebakaran besar memusnahkan sebuah pusat membeli-belah di pinggir bandar timur Moscow hari ini, kebakaran kedua seumpama itu dalam empat hari.
Kebakaran di pusat membeli-belah di Balashikha yang menjalankan perniagaan dalam barangan binaan dan bahan perhiasan rumah telah meletus di kawasan simpanan dan kemudian merebak ke bahagian lain bangunan.
Anggota bomba berjaya mengawalnya di kawasan seluas 9,000 meter persegi dan menghalangnya daripada merebak ke seluruh pusat.
Pegawai berkata api berpunca daripada litar pintas yang berlaku di tengah hujan lebat di Moscow.
Kebakaran itu menyusul kebakaran pada Jumaat lalu yang memusnahkan kedai bahan pembinaan OBI, sebahagian daripada gedung membeli-belah MEGA di Khimki di pinggir bandar barat laut ibu negara Rusia. Pegawai berkata kebakaran yang membunuh seorang pengawal keselamatan itu dicetuskan oleh aktiviti kimpalan yang jelasnya melanggar peraturan keselamatan. – AP


