Pusat Belia Kampung Bolkiah B dirasmikan

Oleh Hakim Hayat

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Pusat Belia baharu yang terletak di Kampung Bolkiah B telah dilancarkan semalam dengan tujuan untuk meningkatkan pembangunan masyarakat terutama para belia melalui inisiatif seperti program peningkatan kemahiran.

Hadir bagi menyaksikan majlis pelancaran tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Khairunissa binti Ash’ari dan Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.

Projek tersebut telah bermula sejak November tahun lalu melalui kerjasama antara Inisiatif Ristaan ​​Abadi, Blue Raincoat Collective serta Pertubuhan Ukur Jurutera dan Arkitek (PUJA).

Unit kediaman berkenaan telah diubah suai menjadi sebuah ruang moden dengan konsep terbuka, dilengkapi dengan perabot dan beberapa kemudahan lain, yang akan dijadikan tempat untuk mengadakan bengkel-bengkel dan acara yang memfokuskan kepada peningkatan kemahiran khususnya bagi para belia Kampung Bolkiah B.

Selain itu, majlis pelancaran tersebut juga menyaksikan persembahan daripada PUJA dan Blue Raincoat Collective dan penyampaian penghargaan kepada para penaja utama transformasi Pusat Belia berkenaan.

Kanak-kanak menyertai aktiviti mewarna semasa pembukaan Pusat Belia baharu di Kampung Bolkiah B di Kampong Ayer semalam. – Gambar oleh Hakim Hayat
Majlis penyampaian penghargaan kepada salah seorang penaja.
Pusat Belia baharu yang terletak di Kampung Bolkiah B yang telah dilancarkan semalam.