Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat EDGE, BACA SMARTER Brunei terima sumbangan Guardian Brunei

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Guardian Brunei telah menunjukkan komitmen mereka terhadap masyarakat dengan menyumbangkan produk kesihatan dan penjagaan diri kepada Pusat EDGE dan BACA SMARTER Brunei sebagai sokongan kepada pelajar autisme.

    Sumbangan berkenaan akan membantu SMARTER Brunei meneruskan usaha mereka dalam menyediakan pendidikan, terapi dan latihan kemahiran hidup untuk kanak-kanak dan orang dewasa dalam spektrum autisme.

    Turut hadir semasa majlis penyerahan sumbangan tersebut ialah Dayang Nur Hujjatul Fa’izzah binti Johari serta sukarelawan; dan Ketua Pegawai Ekskutif dan Naib Presiden 1 SMARTER Brunei, Dayang Sharifah Adila Surya binti Malai Haji Abdullah yang berlangsung di Pusat EDGE, hari ini.

    Semasa acara tersebut, kakitangan Guardian bersama pelajar dan guru telah ikut serta dalam aktiviti interaktif, sesi kreatif dan jamuan ringan.

    Pihak Guardian turut memperluaskan sokongan dengan membuat pesanan daripada Bijak Cafe, sebuah kafe yang dikendalikan oleh SMARTER bagi memperkasakan individu autisme.

    Inisiatif itu mencerminkan misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Guardian Brunei untuk mengangkat komuniti, memupuk keterangkuman dan paling utama adalah bagi menjaga kebajikan individu berkeperluan khas di samping menyokong organisasi yang memberi impak positif kepada masyarakat.

    Dayang Nur Hujjatul Fa’izzah bersama kakitangan Guardian mengikuti sesi kreatif bersama guru dan pelajar di bilik darjah. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Dayang Nur Hujjatul Fa’izzah, Dayang Sharifah Adila Surya dan kakitangan Guardian bergambar ramai bersama tenaga pengajar dan para pelajar di pusat berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda