Sunday, July 7, 2024
22 C
Brunei

    -

    Pusat Ehsan komited lindungi kanak-kanak keperluan khas

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam mengorak langkah membuktikan komitmen Negara Brunei Darussalam kepada pendidikan inklusif dengan perasmian Bangunan Sekolah Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

    “Pusat Ehsan mewakili lebih daripada sekadar organisasi atau bangunan; ini adalah tempat di mana setiap kanak-kanak, tanpa mengira kebolehan mereka, akan berpeluang untuk belajar dan berkembang maju,” sabda Duli Yang Teramat Mulia Seri Paduka Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Peranan Pusat Ehsan kepada pendidikan inklusif negara disabdakan oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dalam sabda di Majlis Perasmian Bangunan Surau Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan Bangunan Sekolah Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, hari ini.

    Pusat Ehsan ditubuhkan dengan misi penting iaitu untuk meningkatkan kualiti kehidupan setiap kanak-kanak dalam komuniti berkeperluan khas menerusi pendidikan komprehensif serta program-program pemulihan dan vokasional.

    “Sebagai sebuah keluarga, kami mempunyai hubungan peribadi dengan komuniti berkeperluan khas dan ia adalah usaha yang sangat dekat di hati kami. Bonda saya telah memperjuangkan usaha ini selama yang saya ingat, dan ia adalah sesuatu yang saya dan isteri ingin teruskan dengan kami bergerak ke hadapan dalam kehidupan kami juga,” sabda DYTM.

    DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen bersabda lagi, “Kami telah menyaksikan sendiri cabaran dan kejayaan individu dalam komuniti berkeperluan khas, yang telah menyemarakkan lagi keazaman kami untuk mewujudkan tempat di mana setiap kanak-kanak dihargai, disokong dan diperkasa untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya.”

    Pusat Ehsan juga berbangga kerana telah mengumpulkan pasukan tenaga pengajar yang berdedikasi dan berpengalaman, termasuk beberapa ahli terapi yang merupakan Pakar Kesihatan Bersekutu, yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

    “Komuniti berkeperluan khas selalunya dipinggirkan tanpa kesedaran dan sokongan yang sewajarnya. Pusat Ehsan adalah komited untuk mengubahnya dengan menyokong keterangkuman, persefahaman dan peluang yang sama untuk semua,” tambah DYTM.

    Kepentingan pendidikan inklusif, sabda DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, merupakan sesuatu yang disentuh dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Sambutan Hari Guru, baru-baru ini, di mana Baginda mengiktiraf usaha Kementerian Pendidikan untuk menyokong Sekolah Keperluan Khas Pusat Ehsan, yang merupakan yang pertama seumpamanya di Negara Brunei Darussalam.

    DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen semasa berkenan bersabda dalam majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...