Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Dalam kemeriahan menyambut bulan Syawal, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di bangunan baharu pusat berkenaan di Kampung Bengkurong.
Majlis sambutan telah diserikan dengan persembahan nyanyian oleh anak-anak istimewa dan warga pusat berkenaan di samping disajikan dengan pelbagai juadah Hari Raya sebagai salah satu tradisi dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri.
Turut hadir di majlis itu ialah Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab dan Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin, ahli lembaga dan warga pusat bersama ibu bapa mereka.

