Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat Ehsan terima sumbangan BK

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), hari ini, menerima sumbangan berjumlah $1,000 yang disumbangkan oleh Burger King (BK) Brunei di bawah pengurusan Sinofood Express.

    Majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di BK cawangan Citisquare itu disampaikan oleh Penolong Pemasaran BK Brunei, Dayang Noor Aziemah binti Ahmad kepada Pemangku Ketua Pentadbiran, Pusat Ehsan, Dayang Nurul Huda binti Haji Muhin.

    Pada majlis tersebut, pelajar pusat berkenaan bersama ibu bapa dan penjaga mereka yang hadir turut diceriakan dengan hidangan-hidangan istimewa dari BK sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Sinofood Express memperkenalkan program tanggungjawab sosial korporat pada tahun 2015 dengan menyediakan tabung sumbangan di setiap cawangan dan hasil daripada sumbangan pelanggan itu akan diserahkan kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan seperti SMARTER, Pusat Ehsan dan YASKA.

    Dayang Noor Aziemah menyampaikan sumbangan kepada Dayang Nurul Huda pada majlis tersebut. – Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda