Wednesday, March 19, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat Ehsan terima sumbangan CfBT

    Oleh Daniel Lim – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) telah menerima sumbangan berjumlah $1,030 daripada Dominic Morley dari CfBT Education Services, baru-baru ini.

    Menerima sumbangan yang dikumpulkan menerusi acara Fun Run yang diadakan secara dalaman oleh kumpulan berkenaan pada Jun lalu ialah salah seorang Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin.

    Semasa menyampaikan sumbangan itu, Dominic menekankan bahawa sebagai sebahagian daripada nilai baharu CfBT yang dilancarkan tahun ini, Keterangkuman dan Kepelbagaian, larian berkenaan memperingati individu unik dan meraikan orang dari pelbagai latar belakang.

    “Keterangkuman dan kepelbagaian dipupuk dengan menggalakkan kepelbagaian dalam organisasi kami dan dengan berkhidmat kepada mereka yang pendidikannya boleh memberi impak yang paling transformatif,” tambah beliau.

    Nilai berkenaan sejajar dengan Pusat Ehsan sebagai organisasi amal yang komited untuk menyediakan program pendidikan, pemulihan dan latihan yang berkualiti bagi individu berkeperluan khas.

    Pengiran Datin Hajah Noraini menerima sumbangan daripada Dominic Morley semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan CfBT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda