Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat Ehsan terima sumbangan langsir

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Sebanyak 20 set langsir hasil promosi trade-in langsir daripada pelanggan melalui Fabrica Sdn Bhd telah disumbangkan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), Kampung Bengkurong, hari ini.
     
    Hadir bagi menerima sumbangan yang berlangsung di dewan serba guna pusat berkenaan, Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin bagi mewakili pusat berkenaan.
     
    Sumbangan telah disampaikan oleh wakil dari Syarikat Fabrica iaitu Hajah Rodiyana binti Haji Mohd Yussof dan Shirley Lau Geok Ping.
     
    Semasa temu bual media de-ngan Hajah Rodiyana di acara tersebut, beliau menjelaskan bahawa sumbangan langsir daripada pelanggan yang julung kalinya diadakan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
     
    Beliau turut menjelaskan langsir trade-in yang disumbangkan oleh pelanggan dalam promosi ini sebelum diserahkan akan dipastikan ia masih dalam keadaan dan warna yang baik.
     
    Dengan adanya sumbangan kepada masyarakat, sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada penerima lebih-lebih lagi dalam membuat persiapan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal.
     
    Syarikat berkenaan akan terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh pelanggan dalam sumbangan trade-in langsir untuk diserahkan kepada Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) pada 19 Februari ini.
     
    Wakil Syarikat Fabrica menyampaikan sumbangan langsir kepada Pengiran Datin Hajah Noraini pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Gambar ramai Pengiran Datin Hajah Noraini bersama wakil Fabrica pada majlis penyampaian sumbangan trade-in langsir pelanggan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda