Oleh Sim Y. H. –
BELAIT, 18 OGOS – Para pengunjung dan pelanggan imagine kini boleh mendapatkan pelbagai gajet, aksesori dan telefon bimbit yang ditawarkan di Pusat imagine Panaga dengan penampilan baharunya, hari ini.
Pelancaran semula pusat berkenaan disempurnakan bersama oleh Naib Presiden Kanan imagine, Haji Mohd Radziman bin Haji Abdul Rahman dan Pengurus Kanan Incomm Sdn Bhd, Haji Rozaini bin Haji Mohd Yusof.
Turut hadir semasa pelancaran semula berkenaan ialah pengurusan kanan imagine dan Incomm, rakan-rakan perniagaan imagine termasuk wakil dari AIFA Sdn Bhd, kakitangan serta pelanggan-pelanggan imagine.
Bagi meraikan pelancaran semula cawangan berkenaan, imagine menjalankan promosi sehari istimewa di mana pelanggan akan menerima Samsung Galaxy A14 secara percuma apabila mereka mendaftar bagi Wish 25 atau Wish 50 pelan mudah alih bagi 24 bulan.
Di samping itu, imagine juga menawarkan promosi eksklusif untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di pusat Panaga di mana pelanggan-pelanggan yang mendaftar atau menyambung kontrak kepada pelan Dream Broadband Unlimited imagine bagi 24 bulan boleh mendapatkan Samsung Galaxy A12 secara percuma atau memilih untuk membeli iPhone 14 pada kadar istimewa.
Tawaran-tawaran istimewa juga disediakan termasuk televisyen pintar daripada AIFA yang disertai dengan pemasangan dan penghantaran ke rumah secara percuma.




