Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat imagine Yayasan dilancar

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Para pengunjung dan pelanggan imagine kini boleh mendapatkan pelbagai gajet, aksesori dan telefon bimbit yang ditawarkan di Pusat imagine Yayasan yang dilancarkan semula di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), di sini, hari ini.

    Pelancaran semula cawangan berkenaan disempurnakan bersama oleh Pengarah Bahagian Ekosistem Perniagaan dan Industri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Allen On selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif imagine serta Pengurus Besar Incomm Sdn Bhd, Juliana Sim.

    Semasa pelancaran itu, imagine juga menyampaikan Dream Broadband percuma satu tahun kepada Learning Ladders sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya.

    Bersempena dengan Sambutan Hari Guru ke-33, imagine juga menawarkan promosi bagi meraikan hari berkenaan.

    Bermula hari ini, pelanggan yang mendaftar bagi pelan mudah alih Wish 25 atau Wish 50 di cawangan berkenaan bagi tempoh 24 bulan akan menerima telefon bimbit, Samsung Galaxy A14 secara percuma, yang terhad kepada sembilan unit sahaja.

    Allen On dan Juliana Sim memotong reben sempena pelancaran semula Pusat imagine Yayasan di Kompleks Yayasan, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani

    Manakala itu, bagi hujung minggu ini, pelanggan yang menandatangani kontrak semula, mendaftar atau port in kepada Dream Broadband Unlimited 500Mbps bagi langganan 24 bulan di Pusat Yayasan, akan menerima iPhone 14 128GB sementara stok masih ada.

    Pada majlis itu, Allen On telah menyempurnakan penyampaian telefon bimbit iPhone 14 percuma kepada Hajah Nurul Azrenah binti Haji Abu Bakar yang merupakan pelanggan pertama yang mendaftar bagi promosi Dream Broadband Unlimited 500Mbps di Pusat imagine Yayasan.

    Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, Hajah Nurul Azrenah menyatakan perasaan amat teruja menjadi pelanggan pertama yang berjaya untuk mendaftar bagi promosi berkenaan.

    Beliau berkata sebagai seorang pelanggan setia imagine, adalah mudah baginya untuk membuat keputusan mendaftar bagi promosi berkenaan dan yang menariknya, menerima sebuah telefon bimbit percuma.

    Hajah Nurul Azrenah yang bertugas sebagai seorang guru menambah bahawa promosi itu amat bertepatan baginya kerana bukan sahaja Sambutan Hari Guru diadakan pada 23 September tetapi telefon itu juga boleh menjadi sebagai hadiah baginya untuk sambutan
    berkenaan.

    Beliau menyatakan penghargaan kepada pihak imagine yang sentiasa memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan serta juga membuat tawaran promosi yang terbaik baginya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda