Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat kajian Islam dirasmi

    Gambar oleh Infofoto

     

    LONDON, 16 Mei – Paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan berangkat bagi menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Baru The Oxford Centre for Islamic Studies di Oxford, United Kingdom, hari ini.

    Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen di The Oxford Centre for Islamic Studies dialu-alukan oleh Pengarah Oxford Centre for Islamic Studies, Dr. Farhan Nizami dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Oxford Centre for Islamic Studies, Putera Turki Al-Faisal bin Abdulaziz Al-Saud.

    Yang Teramat Mulia kemudiannya dijunjung berangkat ke Oman Hall bagi majlis resepsi di mana Yang Teramat Mulia telah berkesempatan berjumpa dengan Putera Charles, Prince of Wales dan juga tetamu khas yang lain termasuk Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Muhammad V; Putera Mahkota Bahrain, Putera Salman bin Hamad bin Isa Al Khalifa; Putera Sultan bin Salman Al-Saud dari kerajaan Arab Saudi dan Sayyid Haitam bin Tariq Al Said dari Kesultanan Oman, sebelum dijunjung bagi menghadiri Majlis Santap Tengah Hari bersama Putera Charles dan para tetamu khas.

    YTM Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen semasa berkenan berangkat menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Baru The Oxford Centre for Islamic Studies, kelmarin.
    YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen semasa berkenan berangkat menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Baru The Oxford Centre for Islamic Studies, kelmarin.

    YTM Duli Pengiran Muda’Abdul Mateen berkenan beramah mesra bersama Putera Charles dan tetamu khas yang lain.
    YTM Duli Pengiran Muda’Abdul Mateen berkenan beramah mesra bersama Putera Charles dan tetamu khas yang lain.
    YTM Duli Pengiran Muda’Abdul Mateen berkenan beramah mesra bersama Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.
    YTM Duli Pengiran Muda’Abdul Mateen berkenan beramah mesra bersama Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.

    Putera Charles ketika merasmikan Bangunan Baru The Oxford Centre for Islamic Studies kelmarin.
    Putera Charles ketika merasmikan Bangunan Baru The Oxford Centre for Islamic Studies kelmarin.

    Perasmian bangunan baru The Oxford Centre for Islamic Studies didahului dengan ucapan daripada Putera Charles dan seterusnya diikuti dengan pelancaran plak bagi bangunan baru berkenaan.

    Terdahulu, acara dimulakan dengan sembah alu-aluan oleh Dr Farhan Nizami, diikuti dengan ucapan daripada Putera Turki Al-Faisal.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda