NEW YORK – Ya, mereka kadang-kandangnya bersikap kasar. Tetapi hati warga New York hampir cair Ahad lalu apabila mereka mula menggunakan sistem kereta api bawah tanah yang terbesar dan dipertingkatkan dalam tempoh 50 tahun.
“Ia sangat cantik, bersih, dan terang. Dan setakat ini, tiada tikus-tikus kelihatan di trek!” kata Jay Lerman, seorang doktor kulit.
“Apabila mereka bercakap mengenainya dalam era 50-an mereka berbicara mengenai AS$500 juta. Kini, ia beroperasi 60 tahun keatas dan bernilai AS$4 bilion. Nah sekarang ia ada di sini!” kata seorang penduduk kawasan itu, merujuk kepada harga AS$4.4 bilion.
Datuk Bandar Bill de Blasio dan Gabenor Andrew Cuomo berada di sana untuk perasmian lewat Sabtu bagi tiga stesen baru yang mengelilingi kereta api bawah tanah Second Avenue dari 63 ke 96 Streets sehingga laluan mewah Upper East Side.
Pada tengah hari Ahad, telefon pintar orang awam memenuhi ruangan tersebut bagi melihat sendiri stesen baru tersebut.



Dan ia merupakan suatu pemandangan yang mesti dilihat, di bandar yang mempunyai sistem pengangkutan yang sudah tua dan terkenal dengan suasananya yang gelap dan bangkai tikus berada di landasan kereta api.
“Ia merupakan satu tahun (2016) yang sukar buat New York dan ia adalah satu permulaan yang baik bagi 2017,” katanya merujuk kepada pemilihan presiden yang baru dilantik, Donald Trump, yang juga seorang penduduk New York.
Bagi Tyler Robbins, “ia kelihatan seperti Paris!”
“Mereka melakukan kerja yang baik,” kata seorang bapa muda yang membawa anak beliau berusia 10 bulan di kereta api itu buat kali pertama. Katanya, beliau sebelum ini mengelakkan penggunaan kereta api bawah tanah kerana lif yang yang tidak mencukupi dan sistem terusan yang kotor.




Angel Aviles, seorang artis komik, juga kagum, selepas pembinaan yang begitu lama yang menggegarkan apartmennya .
“Dan ia lebih selesa daripada bunyi dinamit!” katanya. “Ia adalah suatu perkembangan yang baik buat New York dimana mula mengejar” dengan bandar-bandar Eropah, kata Aviles.
Dinding stesen mempunyai dinding mozek yang cantik termasuk beberapa rekaan oleh artis Chuck Close dan Brazil Vik Muniz.
Pembesaran ini hanyalah permulaan besar: laluan tersebut dilanjutkan sehingga Harlem bagi AS$6 bilion lagi.
Pihak berkuasa New York berharap ia akan mempercepatkan masa ulang-alik dan mengurangkan kesesakan. – AFP