Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pusat kuarantin Rohingya terbakar

    DHAKA, 3 JAN – Pusat kuarantin khas COVID-19 di kem pelarian Rohingya di Bangladesh musnah dalam kebakaran malam kelmarin, namun tiada pesakit yang cedera, menurut sumber rasmi.

    “Kebakaran berlaku kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan dan kami berjaya memadamkannya selepas dua jam bertungkus-lumus bersama-sama pelarian Rohingya dan penduduk tempatan,” kata pegawai Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam Ukhiya di Cox’s Bazaar kepada Agensi Anadolu.

    Kesemua 12 pelarian Rohingya yang dikuarantin di pusat yang mempunyai 70 katil itu dilaporkan selamat dipindahkan ke lokasi lain, katanya.

    Menurut beliau, pihak bomba masih lagi menyiasat kejadian tersebut berdasarkan saksi dan keterangan setakat ini, yang mana ia berkemungkinan berpunca daripada litar pintas.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...