Wednesday, July 23, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat L3 tawar 19 kursus pendek untuk orang ramai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Sebanyak 19 kursus pendek ditawarkan oleh Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (Pusat L3), Kementerian Pendidikan.

    Kementerian berkenaan dalam siaran akhbar yang dikeluarkan kelmarin, memaklumkan kepada orang ramai bahawa pendaftaran untuk menyertai kursus-kursus pendek Pusat L3 bagi sesi tahun 2025/26 telah dibuka sehingga 31 Julai.

    Kursus-kursus pendek tersebut terbahagi kepada tujuh kategori iaitu kategori peningkatan akademik, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kesetiausahaan, kemahiran fesyen rekaan, kemahiran kraftangan, kemahiran kulinari, dan kemahiran tilawah.

    Sehubungan dengan itu, untuk pertanyaan atau maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh menghubungi pejabat Pusat L3 di talian +673 234 6201 (semasa waktu bekerja) atau e-mel ke enquiry.l3c@moe.gov.bn atau layari laman sesawang rasmi Pusat L3 di https://l3c.moe.gov.bn.

    Senarai kursus yang ditawarkan. – JADUAL SERAHAN PUSAT L3
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda