MOSCOW, 1 JUN – Pusat beli-belah dan taman di sini dijadualkan dibuka semula hari ini, serentak penarikan semula perintah berkurung, walaupun negara itu memiliki kes jangkitan COVID-19 ketiga tertinggi di dunia.
Keputusan di bandar raya dengan kepadatan 12 juta penduduk itu dibuat selepas Presiden Vladimir Putin mengumumkan bahawa pandemik berkenaan sudah melepasi waktu puncak.
Mula berdepan perintah berkurung sejak 30 Mac, penduduk di bandar paling padat Eropah itu sehingga hari ini hanya dibenarkan keluar untuk ke kedai, membawa anjing bersiar-siar atau melakukan perjalanan penting menggunakan permit khas. Ketika penduduk Moscow menyambut baik peluang terbabit selepas terkurung di dalam rumah selama beberapa minggu, ramai mempersendakan eksperimen dibuat Datuk Bandar Moscow, yang disasarkan untuk mengembalikan kegiatan riadah komuniti setempat.
Sebagai percubaan selama dua minggu, Sergei Sobyanin berkata, penduduk Moscow dibenarkan keluar beriadah secara berperingkat mengikut jadual, berdasarkan alamat masing-masing. – AFP