Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat pakar pergigian pertama Malaysia siap dibina

    SEREMBAN, 7 OGOS – Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan di Jalan Rasah, telah siap dibina dengan kos RM32 juta dan merupakan pusat pakar pergigian pertama di negara ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

    Beliau berkata pembinaan projek di tapak seluas 0.8 hektar bersebelahan Klinik Kesihatan Seremban telah bermula 30 Mac 2021 dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, setelah siap pada 15 April lepas.

    Ahmad berkata pusat berkenaan yang mula beroperasi bulan depan itu antara lain menyediakan perkhidmatan pakar ortodontik, periodontik, pembedahan restoratif dan kesihatan pergigian awam di samping diagnostik dan pengimejan.

    “Bangunan ini merangkumi 18 unit kerusi pergigian dengan projek pembinaan dilaksanakan oleh kontraktor utama, Derrida (M) Sdn Bhd menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan memperoleh penilaian skor IBS melebihi 70 peratus,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan di sini hari ini. – Bernama

    Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Seri Aminuddin Harun menyaksikan ketika majlis penyerahan projek Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan, hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda