Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat pemindahan, hotel di Bali dipenuhi pelancong

    KARANGASEM – Pusat pemindahan dan hotel di Bali baru-baru ini telah dipenuhi dengan puluhan ribu penduduk tempatan dan juga para pelancong yang berusaha untuk mencari perlindungan setelah gunung berapi terbesar di pulau itu dijangka akan meletus dan ditandai sebagai berwaspada. Situasi itu telah menyebabkan penutupan lapangan terbang utama di pulau itu untuk hari yang kedua. Para pelancong kebanyakannya terkandas dan berusaha untuk mencari hotel dan penginapan yang sesuai untuk lokasi perlindungan terbaik mereka malah para penduduk kampung berasa ketakutan dengan bayang-bayang Gunung Agung yang kini masih mengeluarkan asap dan juga abu. Sekitar 200 pusat pemindahan telah ditubuhkan di pulau itu untuk penduduk-penduduk tempatan yang tinggal berdekatan dengan gunung tersebut.

    Gunung berapi itu kali terakhir meletus pada tahun 1963 dan telah membunuh kira-kira 1,600 orang dan telah memaksa pihak berkuasa Indonesia untuk menutup lapangan terbang Bali untuk hari kedua ketika kebanyakan para ahli geografi menaikkan tahap kecemasan gunung berkenaan kepada bahaya maksimum. Kumpulan asap dan abu yang tebal telah meningkat naik dari gunung berkenaan sejak minggu lepas dan dalam beberapa hari ini gunung tersebut telah menembak lagi asap dan abu ke langit pulau berkenaan serta situasi itu telah memaksa semua penerbangan dibatalkan.

    Asap dan abu itu sangat berbahaya kepada pesawat kerana ia boleh membuat landasan menjadi licin dan asap boleh disedut ke dalam enjin setiap pesawat. “Para pegawai telah memberi amaran bahawa gunung berapi ini terletak di sebuah kawasan syurga percutian tropika dan ia boleh meletus pada bila-bila masa sahaja. Seramai 40,000 orang telah meninggalkan rumah yang terletak di kawasan zon yang bahaya dan dijangka sekitar 100,000 ribu lagi mungkin akan meninggalkan kampung mereka,” kata pegawai agensi bencana kepada pihak media.

    “Gunung berapi itu masih lagi memuntahkan abu dan asap malah ia semakin naik dan tinggi ke udara sehingga tiga atau empat kilometer dari bawah,” kata I Gede Suantika, pegawai di agensi vulkanologi Indonesia kepada wartawan AFP. Zon kecemasan dan bahaya dianggarkan di sekitar Gunung Agung merangkumi 75 kilometer dari pusat pelancongan di tepi Pantai Kuta dan kini telah melebar hingga 10 kilometer. Sehingga hari Selasa yang lalu, sekitar 443 buah penerbangan telah dibatalkan dan telah menjejaskan lebih daripada 120,000 penumpang di Bali, destinasi percutian terkenal antarabangsa yang mana berupaya menarik berjuta-juta pelancong asing setiap tahun.

    Gunung Agung masih lagi memuntahkan abu dan asap malah ia semakin naik dan tinggi ke udara. – AFP

    Pengusaha penginapan I Wayan Yastina Joni adalah antara beberapa pengusaha hotel yang sanggup menerima beberapa rayuan oleh gabenor dan agensi pelancongan Bali untuk membekalkan bilik percuma kepada beribu-ribu pengunjung yang tidak berhasil untuk mendapatkan perlindungan walaupun ada beberapa tawaran diskaun diberikan kepada mereka. “Saya tidak keberatan untuk memberikan penginapan percuma kepada pelancong yang sudah saya ketahui dan kenali,” kata pemilik inap desa, Pondok Denayu. “Ini adalah kesalahan sesiapa saja, namun ini adalah bencana alam yang tidak dapat diramalkan,” tambah Wayan lagi kepada wartawan AFP.

    Beratus-ratus pelancong telah diterbangkan ke bandar kedua terbesar, Surabaya, Indonesia sekitar 13 jam perjalanan jauhnya sehingga mereka dapat terbang keluar dari negara ini. “Kami sedang mempersiapkan 10 buah bas dan lebih banyak akan disiapkan pada hari ini,” kata ketua transportasi Bali, Agung Sudarsana kepada wartawan media.

    “Manakala lapangan terbang yang dekat ialah di Pulau Lombok dan Lombok juga merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di Timur Bali dan telah dibuka dan ditutup beberapa hari yang lalu dan kini ia masih dibuka serta akan ditutup kembali mengikut keadaan semasa,” kata pegawai penerbangan kepada wartawan media.

    Letusan terakhir Gunung Agung ialah pada awal tahun enam puluhan dan ia merupakan satu bencana yang paling dahsyat yang pernah dilihat di sebuah negara yang mempunyai 130 gunung berapi yang masih aktif. – AFP
    Indonesia adalah wilayah gunung berapi yang paling aktif di dunia. Negara kepulauan dengan lebih dari 17,000 pulau terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik di mana plat tektonik berlanggar. – AFP

    Kenangan bencana

    Letusan terakhir Gunung Agung ialah pada awal tahun enam puluhan dan ia merupakan satu bencana yang paling dahsyat yang pernah dilihat di sebuah negara yang mempunyai 130 gunung berapi yang aktif. “Saya sangat risau kerana saya pernah mengalami situasi ini sebelum ini,” kata mangsa yang berusia 67 tahun, Dewa Gede Subagia, di mana ketika itu, dia di usia remaja ketika Gunung Agung meletus. “Saya berharap kali ini saya tidak perlu berpindah terlalu lama. Pada tahun 1963, saya meninggalkan kampung saya selama empat bulan,” tambah Dewa kepada wartawan AFP.

    Pakar berkata bahawa aktiviti terbaru Gunung Agung sepadan dengan situasi sebelum ini di mana gunung ini telah mengeluarkan serpihan iaitu kira-kira satu bilion tan metrik untuk menurunkan suhu purata global sebanyak 0.2 hingga kepada 0.3 darjah Celsius selama kira-kira satu tahun.

    “Apa yang kita lihat saat ini adalah letupan kecil, membuang gas panas dan serpihan batu lebur atau abu.

    Berkemungkinan besar letupan tinggi akan terjadi dan mungkin akan mengambil masa beberapa hari atau beberapa minggu untuk diletupkan,” kata David Pyle, pakar gunung berapi di Universiti Oxford kepada wartawan AFP.

    Indonesia adalah wilayah gunung berapi yang paling aktif di dunia. Negara kepulauan dengan lebih dari 17,000 pulau terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik di mana plat tektonik berlanggar, menyebabkan kegiatan gunung berapi dan seismic kerap terjadi.

    Pada tahun lepas, tujuh orang terbunuh selepas Gunung Sinabung di Pulau Barat Sumatera meletus dan letusan pada tahun 2014 itu secara keseluruhan telah membunuh 16 orang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda