KUALA LUMPUR – Lebih banyak pusat pemulihan khusus untuk kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) diperlukan untuk membantu golongan ini yang kurang sesuai menempatkan diri ke sekolah biasa (aliran perdana) atau Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Langkah ini bagi memastikan mereka tidak terus tercicir dalam bidang akademik mahupun kemahiran. Pakar psikologi kanak-kanak yang juga pensyarah kanan