Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
TEMBURONG, 1 NOV – Dalam sama-sama memainkan peranan memberikan sokongan kepada kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan dalam membendung dan menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini, sebuah keluarga di Daerah Temburong telah menghulurkan sumbangan, hari ini.
Keluarga Chin dari Kampung Senukoh telah menyumbangkan beberapa kotak air mineral dan beberapa jenis makanan kering untuk keperluan di Pusat Pengasingan Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, di sini.
Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh beberapa orang wakil keluarga tersebut di kem latihan berkenaan.
