Monday, January 6, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat penyelidikan komuniti berkongsi nasib sesama insan dirasmikan

    BEIJING, 3 JAN – Pusat Penyelidikan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan dirasmikan di Beijing kelmarin.
     
    Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi semasa merasmikan pusat itu berkata pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan yang digagaskan oleh Presiden Xi Jinping memberikan jawapan China kepada isu global tentang ‘membina dunia dalam apa jua keadaan dan bagaimana membinanya’.
     
    Wang berkata konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan mengaitkan nasib dan masa depan China dengan dunia. Konsep itu melampaui perbezaan sistem masyarakat dan ideologi, melangkaui perbezaan sejarah, budaya dan peringkat pembangunan.
     
    Beliau menekankan bahawa konsep itu mengetengahkan tamadun China yang berorientasikan kedamaian, keterangkuman dan inovasi, sekali gus mencerminkan pewarisan dan pengembangan budaya tradisional China yang cemerlang. – Bernama
     
    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    City benam West Ham