Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pusat sehenti selaraskan hal pertanian antara kerajaan

    KOTA KINABALU, 17 JAN – Kementerian Pertanian dan Kerterjaminan Makanan (MAFS) mencadangkan agar sebuah pusat sehenti diwujudkan di Sabah bagi menyelaraskan hal berkaitan pertanian antara kementerian itu dan kerajaan Sabah.

    Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin, berkata pusat itu akan menempatkan semua agensi MAFS dan wakil jabatan bagi menyelaraskan semua maklumat terkini berkenaan inisiatif kementerian dan kerajaan negeri mengenai hal pertanian.

    “Di Sabah, pertanian ada yang di bawah kerajaan negeri dan sebahagian seperti (pemberian) geran lebih kepada kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu 2023 MAFS di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, hari ini.

    Katanya, pusat sehenti, yang akan diwujudkan di Kota Kinabalu itu juga akan menjadi saluran untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat.

    Dalam pada itu, Chan berkata Agrobank telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk dua program, iaitu Agropreneur Muda dan Kebun Komuniti di Sabah.

    Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata kemudahan pembiayaan itu terbuka kepada belia yang berumur 40 tahun ke bawah.

    Beliau berkata melalui pembiayaan itu akan memperkasakan seruan MAFS dengan menggunakan kaedah pertanian moden. – Bernama

    Chan Foong Hin (tiga, kiri) bergambar bersama warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Sabah selepas Majlis Amanat Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...