Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat seni tampil kelainan dalam penceritaan sejarah Sarawak

    KUCHING, 31 JULAI – Langkah Kerajaan Sarawak memperuntukkan lebih RM200 juta untuk menjadikan bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai sebuah pusat seni persembahan merupakan satu pendekatan untuk menampilkan kelainan dalam menceritakan sejarah yang ada di negeri itu.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sejarah Sarawak bukan hanya boleh dipelajari menerusi pameran-pameran ataupun kajian artifak yang ditemui, sebaliknya akan lebih mudah difahami melalui persembahan seni.

    “Kerajaan Sarawak hendak pendekatan yang sedikit berlainan. Awda boleh kaji daripada artifak, serta pameran, tapi ada satu peringkat lagi, awda boleh terjemahkan peristiwa-peristiwa bersejarah kepada bentuk persembahan, berbentuk musikal contohnya,” katanya.

    Berucap bagi merasmikan Ha-ri Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata sebuah pasukan pengkaji telah dihantar ke London baru-baru ini bagi mempelajari pembinaan dalaman dan sistem bunyi di Royal Albert Hall, sebuah pusat persembahan seni bertaraf dunia.

    “Ia (Pusat Seni Persembahan Sarawak) mestilah mempunyai sistem bunyi yang baik dan juga pentas yang moden dalam usaha mempamerkan persembahan kita, dan inilah cara kita terjemahkan dan membawa secara ‘hidup’ apa yang ada di Sarawak,” katanya.

    Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang yang turut berucap di majlis itu berkata institusi permuziuman memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan melindungi sejarah dan budaya negara. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda