Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH diberi pengiktirafan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Pusat Serantau TVET SEAMEO VOCTECH telah mendapat penghormatan daripada Institut Pendidikan Teknikal – Perkhidmatan Pendidikan (ITEES) Singapura apabila menerima Anugerah Rakan Kongsi Terhormat.

    Menandai satu dekat per-tumbuhan kolaboratif dan inovasi, SEAMEO VOCTECH menerima anugerah berprestij itu pada majlis yang diadakan sempena memperingati ulang tahun ke-20 ITEES Singapura, pada 20 Oktober lalu.

    Hadir menerima anugerah berkenaan ialah Pengarah SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar, dan Timbalan Pengarah Pentad-biran, Pengiran Haji Mohamad Sufri bin Pengiran Ali.

    Anugerah yang disampaikan oleh Pengerusi ITEES, Andrew Chong dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bruce Boh itu mengiktiraf peranan penting pusat tersebut dalam menyokong ITEES sepanjang perjalanan transformatifnya ke arah kecemerlangan global bagi pembangunan kemahiran dan latihan guru TVET di seluruh Asia Tenggara.

    Pengiktirafan berkenaan merupakan sebagai satu bukti komitmen SEAMEO VOCTECH yang berterusan dan sumba-ngan luar biasa kepada peningkatan pendidikan teknikal dan pembangunan kemahiran guru di seluruh Asia Tenggara.

    Menurut kenyataan, perjalanan kerjasama yang luar biasa berkenaan telah berkembang pesat kerana perkongsian selama 10 tahun yang erat dan berkekalan antara SEAMEO VOCTECH dan ITEES, dengan sokongan berharga Yayasan Temasek.

    Perkongsian itu telah menghasilkan kejayaan dalam pelaksanaan tiga pusingan transformatif iaitu Program Peningkatan Kemahiran Teknikal untuk Guru TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) di seluruh Asia Tenggara, bermula dari Ogos 2013 hingga Jun 2023.

    Impak yang mendalam daripada sumbangan SEAMEO VOCTECH kepada pembangunan pendidikan teknikal dan kemahiran di seluruh Asia Tenggara berfungsi sebagai pemangkin untuk inovasi program masa depan, usaha jangkauan dan kemampanan misi transformatif mereka.

    Awang Alias dan Pengiran Haji Mohamad Sufri semasa menerima anugerah berkenaan daripada Bruce Boh pada majlis di Singapura, baru-baru ini. – Gambar serahan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda