Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH semarakkan Ilal Hijrah 1445H

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH melalui Jawatankuasa Musala Ar-Raudah tidak ketinggalan menyemarakkan Ilal Hijrah 1445H dengan majlis sambutan yang berlangsung di pusat berkenaan di Gadong.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar, timbalan-timbalan pengarah, pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH dan HRD Services.

    Majlis Sambutan Ilal Hijrah diisikan dengan ceramah agama dan motivasi bertajuk ‘Ilal Hijrah – Agama Dipelihara, Negara Sejahtera’ yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid.

    Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, Sayidul Istigfar dan Selawat Tafrijiyah beramai-ramai bagi memohon kepada Allah SWT semoga seluruh penduduk dan negara akan bebas dan terlepas daripada segala bahaya, bala dan wabak penyakit berbahaya dengan berkat membaca Selawat At-Tafrijiyyah ke atas Nabi Muhammad SAW.

    Bagi memberkati majlis, Doa Peliharakan Sultan, Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Padu-ka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 tahun dan Doa Selamat dibacakan oleh Awang Muhammad Yussof.

    Majlis diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh Awang Muhammad Yussof. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Yusrin Junaidi

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda