Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH terima kunjungan Duta Besar Finland

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Dalam usaha menjalin peluang kerjasama antarabangsa dan berkongsi pengalaman dalam bidang pendidikan, Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, hari ini, telah menerima kunjungan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Finland yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sami Rafael Leino.

    Kehadiran TYT Sami Rafael Leino yang diiringi oleh Kaunselor Perdagangan untuk Perniagaan Finland, Peta Laitinen, dialu-alukan oleh Pengarah SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.

    Awang Alias dalam ucapan alu-aluannya telah mengongsikan potensi kerjasama dalam bidang pendidikan serta mengiktiraf pandangan berharga dan inovasi yang Finland telah sumbangkan secara konsisten kepada landskap pendidikan global.

    Beliau seterusnya berharap perbincangan semasa perjumpaan ini akan boleh meningkatkan lagi pengalaman pendidikan untuk semua yang terlibat dan menyumbang kepada promosi pendidikan yang berkualiti.

    Terdahulu, TYT Sami Rafael Leino berpeluang mendengarkan penerangan ringkas mengenai latar belakang, pencapaian dan perkhidmatan yang terdapat di pusat berkenaan.

    Turut hadir semasa perjumpaan itu ialah Timbalan Pengarah Pentadbiran, Pengiran Mohd Sufri bin Pengiran Haji Ali, kakitangan dan pihak pengurusan SEAMEO VOCTECH.

    Gambar ramai TYT Sami Rafael Leino dan Awang Alias bersama pihak pengurusan pusat. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda