Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH terima kunjungan duta Jerman

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Pusat Serantau TVET Brunei Darussalam, SEAMEO VOCTECH baru-baru ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Gerda Winkler.

    Lawatan bukan sahaja bertujuan sebagai pengenalan, malahan memberi peluang kepada pusat tersebut dan pegawai diplomatik dari negara-negara maju mengadakan perbincangan dua hala bagi mengukuhkan kerjasama dan merancang projek bermanfaat untuk rantau ini.

    Pada lawatan itu, Puan Yang Terutama mengadakan pertemuan dengan Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar yang memuji hubungan rapat antara Jerman dan pusat itu di negara rakan kongsi strategic.

    Menurutnya, Jerman merupakan ahli bersekutu SEAMEO yang memberikan sokongan meluas dalam bidang pendidikan, sains dan budaya me-rangkumi pendidikan, latihan teknikal dan vokasional (TVET).

    Beliau turut menyentuh kerjasama dengan agensi pembangunan Jerman, GIZ sejak 2006 dalam persidangan dan mesyuarat serantau yang dipertingkatkan lagi melalui projek bersama GIZ-RECOTVET, membolehkan pusat itu membangun dan menubuhkan sebuah platform pengetahuan serantau yang dikenali sebagai SEA-VET.Net pada tahun 2018.

    “Kami sangat berbangga berpeluang berkolaborasi dengan kerajaan Jerman dalam projek usaha sama berterusan itu dan berharap sentiasa mendapat sokongan berterusan dalam bidang kepakaran TVET terutamanya untuk projek penyelidikan mengenai ‘Kesediaan Institusi TVET untuk IR 4.0 dalam Asia Tenggara’ yang sedang dijalankan,” katanya.

    Manakala PYT Gerda Winkler turut memuji pusat itu atas pencapaian mereka dan berbincang mengenalpasti bidang berpotensi untuk pembangunan TVET.

    PYT Gerda Winkler dan Awang Alias semasa kunjungan ke Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH. – Gambar serahan SEAMEO VOCTECH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda