Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pusat STEP anjur sesi pembarigaan program STEAM

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Dengan matlamat untuk membarigakan mengenai program-program Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM) yang ditawarkan, Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP) pada 2024 telah mengadakan sesi pembarigaan di Pusat Tingkatan Enam (PTE) Sengkurong, PTE Tutong dan PTE Belait, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, Sesi Pembarigaan Program-program STEAM Pusat STEP itu diadakan di PTE Sengkurong pada 20 Januari, PTE Tutong pada 25 Januari dan PTE Belait pada 27 Januari di mana hadir selaku pengerusi majlis dan menyampaikan ucapan pada sesi berkenaan ialah Ketua Pusat STEP, Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim.

    Sesi berkenaan telah dihadiri oleh kira-kira 400 orang pemimpin dan wakil sekolah rendah, menengah, maktab dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta sekolah-sekolah swasta dan antarabangsa di Negara Brunei Darussalam.

    Semasa pembarigaan yang diadakan pada 20 dan 27 Januari, dua sesi forum telah diadakan bagi mengongsikan dan membincangkan amalan-amalan terbaik pelaksanaan program STEAM yang dipengerusikan oleh pegawai Pusat STEP bersama ahli-ahli panel forum yang terdiri daripada pemimpin sekolah dan guru-guru yang telah dikenal pasti bergiat aktif dalam pelaksanaan program-program STEAM di sekolah masing-masing.

    Ahli-ahli panel forum yang diundang ialah Dayang Noor Hayati bini Haji Emran dari Sekolah Rendah (SR) Rimba III, Haji Masirwan bin Haji Dolah dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains), Pengiran Abdul Raub bin Pengiran Haji Ghani dari Sekolah Menengah (SM) Berakas, Haji Muhammad Zuwaini bin Haji Aliyani dari Ma’had Islam Brunei dan Dayang Nazurah binti Abdullah dari Sekolah Arab Belait.

    Turut diundang sebagai ahli panel forum ialah Ketua Makmal Tenaga Seria, Dr Nur Karina binti Karim iaitu salah sebuah rakan strategik Pusat STEP.

    Sesi pembarigaan diakhiri dengan pengumuman dan penyampaian sijil kepada STEAM Active School 2023 di mana ia merupakan sekolah-sekolah yang aktif menyertai program-program STEAM yang dikendalikan oleh Pusat STEP pada 2022 dan 2023.

    Penerima sijil adalah Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, SM Pengiran Isteri Hajah Mariam, Maktab Sains, PTE Tutong, SM Masin, SM Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, SR Amo, SR Dato Mohammad Yassin, SR Pulaie, SR Pengkalan Batu, SR Bukit Panggal, SR Pengiran Setia Negara Pengiran Muhammad Yusof, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan dan SM Chung Ching.

    Ahli-ahli panel forum yang diundang semasa sesi pembarigaan itu. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    Wakil dari salah sebuah sekolah yang menerima sijil STEAM Active School 2023. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...