Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat vaksinasi Berakas ditutup 15 Julai ini

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan mengenai penutupan sementara pusat vaksinasi di Pusat Kesihatan Berakas pada 15 Julai ini.

    Penutupan berkenaan adalah bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Pusat berkenaan akan beroperasi semula pada 16 Julai dari pukul 2 petang hingga 8 malam.

    Bagi maklumat lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi ke Talian Darussalam 123 pada bila-bila masa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda