Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat Vaksinasi di Hospital SSB ditutup mulai hari ini

    Oleh Nurdiyanah R.

    BELAIT, 21 SEPT – Pusat Vaksinasi di Pusat Pembelajaran dan Perkembangan Kesihatan di Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait akan ditutup secara rasmi mulai 22 September ini.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan penutupan itu dan suntikan vaksin COVID akan ditukar ke Pusat Kesihatan Seria mulai 24 September.

    Perkhidmatan vaksinasi di Pusat Kesihatan Seria beroperasi setiap Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang sehingga 4 petang.

    Sementara itu, Pusat Kesihatan Sungai Liang juga dibukakan kepada orang ramai yang ingin menda-patkan suntikan vaksin COVID pada setiap Rabu sahaja bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi; dan 1:45 petang hingga 4 petang.

    Bagi maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 pada bila-bila masa atau melayari laman web www.moh.gov.bn, media sosial rasmi @mohbrunei atau melalui aplikasi BruHealth.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda