Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Bersempena dengan dua hari kelepasan awam yang akan menjelang iaitu hari Krismas pada 25 Disember 2021 dan Awal Tahun Masihi 2022, Kementerian Kesihatan telah mengumumkan mengenai penutupan pusat-pusat swab dan vaksinasi.
“Penutupan ini akan melibatkan kesemua pusat vaksinasi dan pusat swab termasuk Pusat Swab Kompleks Sukan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SPOC), Pusat Swab Pandu Lalu di Dewan BRIDEX, Jerudong dan Pusat Swab Pandu Lalu Pusat Insani, Seria,” umum Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media hari ini.
Walau bagaimanapun, katanya, perkhidmatan swab pada kedua-dua hari kelepasan awam tersebut masih boleh diperolehi di Pusat Kesihatan Berakas dari jam 2 petang sehingga 9 malam dan di Pusat SARI, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait dari jam 7:30 pagi sehingga 7:30 malam.