Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusing dan Menang di KBSentral

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 24 Jan – Bersempena Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Pusat Membeli-Belah KBSentral telah menyediakan berbagai aktiviti dan salah satu daripadanya adalah acara  Pusing dan Menang yang telah bermula baru-baru ini dan akan berakhir pada 12 Februari.

    Para pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya $100 dalam satu resit di Pasaraya Hypermart, KBSentral layak menyertai acara tersebut dengan hanya memberikan resit belian ke Kaunter Pusing dan Menang di kawasan Atrium di mana mereka perlu mendapatkan cop terlebih dahulu sebelum membuat pusing untuk mendapatkan hadiah.

    Antara hadiah-hadiah yang disediakan bagi aktiviti tersebut termasuk papan seterika, bagasi ABS, rak pengering pakaian, buah limau Mandarin dan snek.

    Selain itu, KBSentral sendiri turut menyediakan hadiah istimewa seperti Kad Diskaun KBSentral, sampul merah, barangan KBSentral, biskut, mi segera dan minuman Sorso Fruit Tea.

    Pengunjung yang berbelanja di Pusat Membeli-Belah KBSentral berpeluang mendapatkan hadiah dalam promosi sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2017.
    Pengunjung yang berbelanja di Pusat Membeli-Belah KBSentral berpeluang mendapatkan hadiah dalam promosi sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2017.

    Pusat Membeli-Belah KBSentral juga menjemput pelanggan-pelanggannya untuk merakamkan gambar di satu sudut yang dihias bertemakan sempena Sambutan Tahun Baru Cina, juga diadakan di kawasan Atrium.

    Sementara itu, acara Minggu Budaya Cina pula dijangka bermula pada 10 Februari nanti di mana orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan pelbagai persembahan sempena Sambutan Tahun Baru Cina termasuk tarian singa yang menjadi kegemaran ramai dalam kalangan masyarakat setempat terutama sekali kanak-kanak.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda