Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusingan ketujuh rundingan damai Syria bermula di Astana

    ASTANA, 31 Okt – Pusingan ketujuh rundingan damai Syria, yang ditaja Iran, Rusia dan Turki bermula hari ini, di Astana, Kazakhstan.

    Rundingan bermula dengan mesyuarat tertutup, diikuti sidang pleno atau perbincangan peringkat tinggi yang menumpukan isu mengenai zon selamat dan kemanusiaan.

    Rundingan baharu yang juga dikenali sebagai proses damai Astana untuk Syria itu, menyaksikan kehadiran peserta termasuk delegasi dari kerajaan Syria dan kumpulan bersenjata.

    Menurut laporan media, mesyuarat turut dihadiri wakil Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat dan Jordan, yang bertindak sebagai pemerhati.

    Sehingga kini, Astana menjadi tuan rumah untuk enam pusingan rundingan mengenai konflik Syria. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda