Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusingan pertama debat Trump, Biden bermula

    WASHINGTON, 29 SEPT – Presiden Donald Trump dan calon Demokrat Joe Biden akan berdebat untuk pusingan pertama pada petang ini, satu pertempuran politik yang pastinya bakal menarik jutaan penonton dari seluruh dunia, lapor agensi Anadolu.

    Pertandingan selama 90 minit itu menandakan bermulanya perlumbaan untuk Rumah Putih, menyaksikan Biden terus mendahului Trump, berbaki 35 hari sebelum pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 3 November.

    Pungutan suara yang dilakukan New York Times/Kolej Siena minggu lalu menunjukkan Biden mendahului lapan mata mengatasi Trump.

    Pengacara Fox News, Chris Wallace akan bertindak sebagai moderator, program ditayangkan tanpa iklan di setiap rangkaian televisyen utama di AS dan di seluruh dunia. Ia akan diadakan di Universiti Case Western Reserve Cleveland, Ohio.

    Antara fokus utama topik perdebatan antaranya berkaitan Mahkamah Agung, pandemik COVID-19, ekonomi, kaum dan keganasan di bandar-bandar serta integriti pilihan raya.

    Acara pada hari ini akan berlangsung dari 9 malam hingga 10.30 malam EDT. Ia akan disusuli perdebatan Naib Presiden Mike Pence dan Senator Kamala Harris pada 7 Oktober.

    Trump dan Biden akan berdebat lagi pada 15 dan 22 Oktober. – Bernama

    Presiden Donald Trump bercakap mengenai strategi ujian koronavirus di Rumah Putih Rose Garden, Washington pada 28 September 2020. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda