Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Pusingan pertama pemilihan senat selesai

    BANGKOK, 27 JUN – Thailand hari ini mengumumkan keputusan pemilihan berbilang peringkat yang kompleks untuk memilih senat baharu, pemilihan pertama untuk parlimen sejak rampasan kuasa tentera sedekad lalu.

    Bakal ahli senat yang baharu tidak dipilih oleh parti politik, menjadikannya sukar untuk menentukan siapa yang menang, tetapi para penganalisis berkata ramai daripada mereka bersekutu dengan parti konservatif Bhumjaithai.

    Seramai 200 orang ahli yang dipilih dalam proses tiga pusingan itu, yang tidak melibatkan undian awam sepenuhnya, termasuk sejumlah besar bekas penjawat awam, tentera dan pegawai polis.

    Penganalisis berkata keputusan itu boleh menyebabkan masalah bagi kerajaan yang dipimpin oleh parti Pheu Thai di bawah pimpinan Perdana Menteri Srettha Thavisin, walaupun Bhumjaithai adalah sebahagian daripada gabungan itu.

    “Tindakan Pheu Thai akan menjadi sukar mulai sekarang, parti itu gagal untuk mendapatkan kerusi di parlimen seperti yang dirancang,” kata Thanaporn Sriyakul, pengarah Institut Politik dan Analisis Dasar, kepada AFP.

    Berbeza daripada Pheu Thai, bekas perdana menteri Somchai Wongsawat, abang ipar kepada pemimpun parti dan ahli politik veteran Thaksin Shinawatra gagal dalam usahanya untuk mendapatkan kerusi di senat.

    Senator dipilih bukan daripada parti politik tetapi untuk mewakili 20 bidang pekerjaan dan kehidupan yang berbeza, termasuk keadilan, pendidikan, kesihatan awam, industri, seni dan sukan, warga emas dan etnik minoriti.

    Dalam satu perubahan yang ketara, senet baharu ini, dengan 50 ahli lebih sedikit daripada versi terdahulu yang dilantik oleh junta pemerintah pada 2014, tidak lagi mempunyai kuasa untuk mengundi bagi meluluskan perdana menteri selepas pilihan raya. – AFP

    Calon menunggu untuk mengundi semasa pusingan akhir pemilihan senator kebangsaan Thailand di Bangkok pada 26 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...