RIYADH, 28 APRIL – Putera mahkota Arab Saudi semalam melancarkan nada perdamaian terhadap musuh kerajaan Iran, dengan mengatakan beliau berusaha menjernihkan hubungan setelah sumber mengatakan Iran mengadakan rundingan rahsia di Baghdad.
Kedua-dua negara, yang bertikai dalam perjuangan sengit untuk penguasaan wilayah, memutuskan hubungan pada tahun 2016 setelah penunjuk perasaan Iran menyerang misi diplomatik Arab Saudi berikutan pelaksanaan hukum bunuh kerajaan itu terhadap seorang ulama Syiah yang dihormati.
“Iran adalah negara jiran dan semua yang kita impikan adalah hubungan baik dan istimewa dengan Iran,” kata Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman dalam wawancara televisyen yang disiarkan kelmarin. – AFP